Saturday, July 21, 2007

Sabda Rasuluullah Sallallahu Alaihi Wasallam
" Bacalah oleh kamu dua surah yang berseri (zahrawatain)iaitu Surah Al Baqarah dan Surah Aali Imran. Sesungguhnya kedua-dua syrah ini akan datang pada hari Qiamat saperti awan, ia sentiasa melindungi dan memberi syafaat bagi para pembacanya".

Surah ini jika ditulis dengan menggunakan za'faran kemudian dipakai pada perempuan yang inginkan anak, insya Allah hamil.

Surah Aali Imran ayat 1 - 4

Jika ayat ini dibaca selalu atau ditulis menggunakan zafaran, air mawar dan kasturi insya
Aman dari segala macam gangguan dan bala bencana,akan mendapat kebahagiaan, kebesaran aman daripada musuh ditunaikan segala hajat.
surah Aali Imran ayat 7 - 8

amalkan ayat ini 7 kali selepas solat fardhu insyaAllah diteguhkan iman, dimatikan dalam husnul khatimah,disampaikan hajat. Jika diniatkan untuk pelaris insyaAllah akan berhimpun manusia di kedainya.Ayat ini juga boleh digunakan untuk mencari /mengembalikan barang yang hilang.

Surah Aali Imran ayat 14

Ayat ini boleh digunakan untuk mencari jodoh. Baca ayat ini sambil membayangkan wajah orang yang dikehendaki,tiup ditelapak tangan dan sapukan kemuka, insya Allah orang yang dikehendaki jatuh kasih.

Surah Aali Imran ayat 26-27


Wiridkan ayat ini insya Allah Allah Subahanahu wataala akan memberkati kerjaya kita dan meluaskan rezeki. Ayat ini amat sesuai jika dicaba ketika mendapat jawatan baru.
ayat ini juga boleh ditulis pada kertas atau timah dan dibawa bekerja.

Surah Aali Imran ayat 35-37

Ayat ini bagus diamalkan oleh perempan yang hamil untuk melindungi kandungan mereka dari pelbagai penyakit, kecacatan dan gangguan makhluk halus.Ayat ini juga boleh ditulis dan dibawa ke mana sahaja kecuali ke tempas yang kotor saperti tandas. Jika diletakkan pada kanak-kanak insyaAlllah terpelihara dari terkejut, berjaga malam dan selalu menangis.

Tulis ayat ini pada sekeping kertas dengan memisahkan hurufnya, letakkan di dalam kedai insyaAllah jualan akan laris. Tulis juga 50 wau bersama pecahan ayat ini.

Surah Aali Imran ayat 73 -74
Amalkan ayat ini selalu untuk mendapat rezeki yang luas.

Ayat ini juga boleh digunakan untuk mereka yang datang meminang, insyaallah dikabulkan hajat

Baca ayat ini 100 kali selepas Solat Subuh pada hari Jumaat, InsyaAllah dikurniakan rezeki yang melimpah zahir dan batin hingga ke Jumaat yang akan datang.

Surah Aali Imran ayat 83

Baca 7 kali untuk menjinakkan binatang yang liar atau melembutkan hati orang zalim atau bengis.

Surah Aali Imran ayat 103 -104
Baca ayat ini untuk tujuan pengasih dan untuk melembutkan hati.Boleh juga ditulis pada 15 haribulan Hijrah dan baca doanya yang khusus.

Selain itu ayat ini juga boleh digunakan supaya cakap kita didengar orang, sesuai untuk ibubapa, guru dan para penceramah. InsyaAllah segala perkataan akan dipatuhi dan akan memberi kesan kepada orang yang mendengar.

Surah Aali Imran ayat 111-112

Baca ayat ini untuk menghadapi musuh, tulis pada senjata pada hari Isnin selepas Dhoha kira-kira jam 8.00 dalam keadaan berpuasa dan berwudhu, insya Allah tidak akan tewas dalam pertempuran.

Surah aali Imran ayat 134-136
Baca atau tulis ayat ini pada malam Jumaat selepas Isya' pada sekeping kertas insyaAllah terhindar dari kejahatan orang zalim atau musuh atau gangguan makhlus halus. Juga boleh diamalkan sebelum berjumpa raja atau pembesar-pembesar.

Tulis ayat ini dan lebur dengan air. Minumkan kepada orang yang selalu emosi. pemarah, keras hati,mudah tersinggung, surah dibawa berunding dan berbagai penyakit hati, insyaallah penyakitnya akan hilang beransur-ansur.

Surah aali Imran ayat 144

Baca atau tulis ayat ini pada kelopak mata yang selalu berdarah, insyaAllah berhenti.

Surah Aali Imran 146- 148

Tulis pada bekas yang suci sebelum terbit matahari hari Ahad. Hapuskan dengan air diberi minum selama 3 hari berturut-turut kepada mereka yang ditimpa kesedihan akibat bencana atau kematian yang menimpa sanak saudara. InsyaAllah dihilangkan perasaan tersebut dan dapat menghadapinya denga redha dan tenang.

Amalkan doa ini leapas sembahyang insyaAllah diampunkan dosa dan diberikan kemenangan.

Surah Aali Imran ayat 169 - 171
Ayat ini diamalkan untuk menguatkan hati, membuka pintu hati supaya mudah menerima ilmu serta suka buat kebajikan. Tulis pada bekas yang suci awal musim bunga dengan zafaran kemudian hapuskan dengan air. sesiapa yang meminum air tersebut akan diberi taufik dan dimudahkan membuat kebajikan, dan mengerjakan solat di awal waktu.

Surah Al Baqarah ayat 173-174

Baca ayat ini ketika menghadapi musuh sambil mengulangi
sebanyak yang mungkin insyaAllah selamat, sekalipun bilangan mereka saperti pasir di pantai.

Amal ayat ini denganmohon pada Allah supaya dimudahkan urusan, dikasihi. digeruni musuh, diluaskan rezeki, terpelihara dari bala.Baca ayat ini 450 kali

selepas itu ayat ini 6 kali

dan sambung dengan ayat ini.

Surah Aali Imran ayat 190-195
Amalkan ayat ini setiap hari, sebaiknya sebaik sahaja bangun tidur ketika mendongak ke langit insyaallah akan teguh imannya, sucihatinya serta aman dari kemurkaan Allah Taala.Wiridkan ayat ini setip kali lepas solat insya allah diampunkan dosa dan kekal dalam hidayah Allah.
Jika ayat ini ditulis pada kayu yang suci, kemudian dihapuskan dengan air (sebaiknya air zam-zam) kemudian diminum insya terjaga pada tiap malam untuk mendirikan Qiamullail.

Surah Aali Imran ayat 200

Jika ditulis pada makanan, diberi makan kepada isteri yang derhaka, anak yang degil atau binatang yang liar, insyaAllah menjadi jinak dan mendengar kata.